Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti am yang digazetkan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi .
Justeru katanya, hormati sahaja cuti sedia ada daripada meminta kerajaan menggazetkan cuti am baru.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta 14 April diisytihar sebagai cuti umum sempena sambutan Vaisakhi, iaitu tahun baru bagi kaum Sikh.
Karpal dalam kenyataannya semalam menggesa 2 negeri yang ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat , iaitu Selangor dan Pulau Pinang agar berbuat demikian selain menyarankan kerajaan persekutuan menimbangkan keputusan serupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan