Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Shahrizat Jalil hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.
Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.
"Saya rasa malu bila terbaca Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan.
“Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
p/s : Negeri di bawah rejim UMNO bagaimana...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan