Pengikut

Khamis, 14 Januari 2010

BETTY NAFI KAWEN BEKAS MENTERI






SEBELUM ini tersebar desas desus yang mengatakan bahawa penyanyi dan pelakon Melayu-Jawa-Arab ini sudah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap dengan seorang bekas menteri. Namun menerusi akhbar , penyanyi yang pernah muncul dengan album berjudul Welyana ini menafikan perkara itu.

Begitupun, belum reda gosip yang mengatakan dia sudah berkahwin, tiba-tiba, muncul pula gosip baru yang mengaitkan namanya dengan penyanyi duda, Nash. Khabar terbaru yang tersebar, si pemilik nama penuh Betty Banafe dan bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini sedang hangat bercinta. Kononnya mereka kini dalam persiapan mahu mendirikan rumah tangga.

Apakah cerita cinta barunya itu memang sengaja digembar-gemburkan demi menutup kebenaran perkahwinan rahsianya itu ataupun sememangnya hati wanitanya itu sudah dihuni duda beranak enam itu. Bertemu Betty ketika parti Anugerah Juara Lagu pada malam Ahad lalu memberi peluang kepada Hip untuk bertanya lebih lanjut mengenai perkara ini.

Sambil menegaskan yang dirinya masih bersendirian, Betty juga tidak menafikan yang dia sememangnya rapat dengan penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu. Dan katanya lagi, andai suatu hari nanti jodohnya dengan lelaki itu, dia menerima segala ketentuan Tuhan dengan hati yang terbuka.BHOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan