Pengikut
Khamis, 14 Januari 2010
WAJAH SUDAH ADA...
Polis telah memperolehi maklumat berhubung dalang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati,Kuala Lumpur, Jumaat lepas.
"Kita ada petunjuk mengenai wajah, fizikal mereka yang mungkin terlibat. Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan," kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur Rabu, beliau berkata polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.
Beliau berkata kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman," kata Ismail.
Bernama melaporkan mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja, Ismail berkata siasatan tetap diteruskan walaupun pelajar itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kita lihat penuntut berkenaan sengaja mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini bukan untuk berseronok-seronok," katanya.
Beliau berkata kes pelajar lelaki berumur 19 tahun itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara jika ada keperluan untuk mengambil tindakan susulan terhadapnya.
Pelajar itu ditahan di rumahnya di Desa Mentari, Petaling Jaya, malam semalam dan dibebaskan pada 12 tengah malam setelah siasatan mendapati dia tidak terlibat dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman web sosial itu hanya 'main-main'.
Ismail mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ruang seperti Internet untuk menyebarkan rasa tidak puas hati.
"Setiap laporan kita akan siasat termasuk dakwaan laporan dalam Internet. Tolong jangan sulitkan keadaan, semua rakyat Malaysia harus bekerjasama bantu polis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan